Icycoolalonna 10 Perkara Unik tentang Mimpi ! | It's my life

[X] CLOSE
Get this widget

DaWords

"Words, once they are printed, have a life of their own." – Carol Burnett

10 Perkara Unik tentang Mimpi !

Salam sejahtera.



Hello. Hari ini saya bercerita pasal mimpi. Kerana baru-baru ini saya sering termimpi hal yang sama. Tetapi, saya dapat sesuatu yang boleh buat kita terpukau. *iya kali..

Mimpi merupakan perkara yang menjadi kebiasaan para manusia. Mimpi boleh menjadi sesuatu yang menarik untuk diteliti kerana ia merupakan hal yang unik dan hingga kini ia masih menjadi misteri dalam otak manusia.

Berikut merupakan perkara unik yang berkaitan dengan mimpi.

1. Semasa kita bermimpi, seluruh anggota badan kita akan menjadi lumpuh. Disaat otak kita sibuk dengan mimpi kita, badan kita juga akan terpengaruh dan kita akan menjadi lumpuh sekitika.

2. Dalam mimpi kita, kita boleh mengawalnya. Seperti dalam filem Inception, manusia boleh mengawal dan menukar mimpi yang dilihatnya. Ini dinamakan sebagai Lucid Dream.

3.Mimpi merupakan perkara yang simbol yang kadangkala sukar untuk difahami. Ia berlaku di sebuah alam bawah sedar. Jika kita tidak tahu apa maknanya, percayalah, ia mimpi alam bawah sedar manusia memahami mimpi tersebut.

4. Mimpi sangat sukar untuk diingat. Kadangkala kita akan merasakan bahwa ia sangat indah atau sangat pelik sehingga kita hendak mengingati mimpi kita. Namun, ia sangat sukar untuk diingati.

5. Menurut kajian, mimpi berlaku selama 30-45 saat sahaja. Walaupun kita rasakan bahawa ia sepanjang malam, sebenarnya cuma mengambil sedikit masa sahaja.

6. Kita boleh memimpikan perkara yang dilarang bagi kita. Contohnya, kita dilarang memakan daging, tetapi dalam mimpi, kita memakan daging.

7. Menurut kajian, 70% manusia bermimpi dalam keadaan hitam putih, sementara yang lainya berwarna-warni.

8. Manusia yang dilahirkan buta akan bermimpi dalam keadaan buta juga. Mereka hanya dapat mendengar, merasa dan menghidu tanpa melihat. Mereka yang tiba-tiba buta, bermimpi bahwa mereka dapat melihat.

9. Beberapa penemuan telah ditemui. Newton dan Graham-Bell merupakan antaranya penemu tersebut. Mereka mencatat apa yang mereka lalui setelah bangun daripada tidur.

10. Binatang juga dapat bermimpi seperti manusia.


Faham dan catat semula daripada --> memoBee :)

Terima kasih kerana membaca.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:




Let's exchange


Recently Post

Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

 
Copyright © . All Right Reserved by Icycoolalonna