Icycoolalonna BENCI | It's my life

[X] CLOSE
Get this widget

DaWords

"Words, once they are printed, have a life of their own." – Carol Burnett

BENCI

Salam sejahtera~



Hari ini saya kurang bermaya. Saya sakit. Sudahlah sakit selesma + sakit kepala, tambah lagi dengan sakit hati yang teramat sangat. Seboleh-bolehnya, saya perlu keluar dari kehidupan seperti ini. Saya tersangat benci dengan orang itu. Kalau sekali sahaja, saya boleh maafkan. Ini dah banyak kali. Malah saya cedera kerana dia. Saya betul-betul benci dia. Mahu saja saya putuskan riwayat dia tapi saya tak sanggup. Bukan kerana apa tetapi dia keluarga ku sendiri!

Malah saya sakit kerana dia ! 'Kenapalah saya tak pergi sahaja dari sini?!' Saya sudah luahkan hati saya sama orang yang saya percayai - bf saya. Dia sahaja yang faham saya. Ketika saya ceritakan tentang hal ini kepada dia, dia meminta saya supaya jangan tinggalkan rumah. Bila saya kata saya tidak tahan sudah, dia cakap pg rumah saya saja tapi mohon jangan tinggalkan Sabah ataupun ke tempat lain di Sabah.

Mana mungkin saya ke rumah dia. Ia boleh mengundang masalah. Dia faham tapi takkan keluar dari sini dia kata. Memang. Saya masih mentah. Susah untuk saya pergi ke mana-mana. Tapi, ini sudah parah. Dia akan menjadi musuhku. Sudahlah saya kena oleh gf dia dulum kini dia pula. Memang masalah antara saya dan abang saya dan saya dengan gf dia berlainan. Sangat berlainan. Saya tahu semua tentang mereka. Rahsia mereka tersimpan rapat dengan saya selama ini. Tapi, ini yang saya dapat?! Walaubagaimana pun, saya tidak boleh bocorkan rahsia kerana saya bukan jenis yang macam itu. .

Mungkin saya hanya cakap macam ini ketika ada di antara mereka melakukan sesuatu kepada saya tapi saya akan ingat tentang itu selamanya. Ini menyeksakan saya. Saya betul-betul rasa terseksa. Saya benci! *kalau saya katakan perkataan 'benci', saya maksudkannya*

Betul-betul, saya ingin meninggalkan hidup ini. The words are to so mean if it isn't from the people that you respect. Tapi segala respect itu, saya hilangkan. Betul-betul telah hilang! Saya benci mereka. :( :( I've loosen my trust to them.

Sebenarnya, saya ingin menggunakan perkataan yang buruk tapi saya masih waras. Saya bukan jenis yang begitu. Kepada yang melihat post ini, jangan beritahu sesiapa.  Di sini lagi saya dapat meluah kerana hp saya rosak. Tidak dapat meluah sama orang lain. Tidak dapat meluah sama buah hati. Saya terseksa. :(

Terima kasih kerana sudi melihat :)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Junkyo Hikari said...

kamu.. sy komen lagi.. bukan apa.. sy pulak rasa sedih baca entry kamu TT^TT

kamu jangan sedih-sedih...

hidup kena teruskan walaupun terdapat banyak dugaan macam yg kamu hadapi sekarang..

sy juga pernah hampir2 putus asa.. iyalah.. kita manusia biasa.. mana mungkin mampu hadapi semua benda yang menyakitkan hati kita..

tapi kamu harus berusaha ya.. jangan pernah putus asa..

btw kamu ada masalah apa sama si dia? dia itu cuma abg kamu? not your parent right ^^

I hope you'll be fine Clara ^^




Let's exchange


Recently Post

Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

 
Copyright © . All Right Reserved by Icycoolalonna