Icycoolalonna Renungan ~ | It's my life

[X] CLOSE
Get this widget

DaWords

"Words, once they are printed, have a life of their own." – Carol Burnett

Renungan ~

Salam sejahtera ~

Hello all. . Saya mahu menulis sesuatu berkenaan dengan hidup dan mati. Chewahh ! Macam2 la saya nii. Hehe

Em. Dalam kehidupan, kita akan melalui banyak perkara. Tidak semestinya yang buruk sahaja. Tetapi juga yang baik dan menggembirakan. :) Selain itu, kita akan menentukan apa-apa yang kita mahu. Tetapi, mesti fikir dua kali sebelum membuat keputusan. Bukan apa tetapi takut jikalau ada sesuatu yang boleh membuat kita menyesal.

Selain daripada itu, semua orang akan menghadapi masalah. Namun, bukan semua orang mempunyai masalah yang sama. Sengaja mahu mengingatkan, anda bukan sahaja orang yang malang atau bertuah di dunia ini.

Sungguhpun demikian, janganlah anda merasa TERLEBIH merendah diri kerana ia juga boleh menghancurkan diri anda. Apa yang pentingnya dalam diri anda adalah menjadi diri anda sendiri lebih baik daripada menjadi seorang yang mencuri personaliti diri yang lain.


 Perlu INGAT, anda haruslah menilai orang melalui cara mereka hidup dan BUKANNYA melalui raut wajah mereka sahaja.

Jika melihat buku, tentu anda ingin tahu apa isinya. Begitu juga orang lain. Anda mesti tahu bagaimana dia menjalani kehidupan.

Jangan memilih kawan berdasarkan rupa, tetapi perhatikanlah apa yang dia telah lakukan untuk kita.
 
Renungkanlah cerita ini.

Pensil      : Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil: Saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali disebabkan kesilapan saya.

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..
Ini sekadar renungan untuk anda. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:




Let's exchange


Recently Post

Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

 
Copyright © . All Right Reserved by Icycoolalonna