Icycoolalonna Gurauan yang melampau | It's my life

[X] CLOSE
Get this widget

DaWords

"Words, once they are printed, have a life of their own." – Carol Burnett

Gurauan yang melampau

Salam sejahtera ~

Nampak tak title itu? Cara orang ganas berkata-katakan? Okay! Sekadar mahu mengingatkan bahawa gurauan yang melampau boleh mengundang padah. Seperti contohnya, saya dapati adik saya dibuli. Siapa tak sayang adik atau keluarga kandung sendiri, berhenti membaca di sini. Apabila mendapati bahawa adik telah dibuli, saya segera menanyakan hal tersebut kepadanya dengan berharap itu tidak benar. Mungkin cara saya menegur itu salah sedikit, dia katakan bahawa dia selalu melakukan hal itu terlebih dahulu. Namun, takkan sehingga memalukan dia? itu yang saya sangat tidak puas hati!

Oleh itu, sebelum ke sekolah, saya suruh dia sign-in Facebook dia dan sebaik sahaja pada laman utama, saya terus menaip nama kawan dia yang menganggap dia sebagai teman. Dan di sana, saya hantar mesej supaya menegur sikap dia tersebut. Tidak dapat di pastikan bahawa dia telah atau belum membaca mesej yang di hantar. Dan pada masa dia (adik saya) sudah pulang, saya segera menanyakan dia tentang budak tersebut. Nasib baik budak itu tidak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya.

Kesimpulannya, jangan bergurau sehingga memalukan orang lain. Mungkin anda tidak mengetahui bahawa hukum karma menanti!

P/S : Sila nasihatkan dan didik anak anda supaya menghormati orang lain supaya kita tidak mempunyai masalah dalam keluarga. Serta, ajar dia supaya menjadi berani dan jujur dalam menegakkan keadilan.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:




Let's exchange


Recently Post

Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

 
Copyright © . All Right Reserved by Icycoolalonna